Tuesday, October 14, 2008

Salam.. (14.10.2008, Selasa)

Hai..hari ni aku sampai office awal..kul 6.35am..cemerlang sungguh..just nak berkongsi cerita semalam aku pergi ambil anak kat rumah pengasuh..Kak Pah yang mengasuh Raihana tu bercerita pasal ramai yang bertanya betul ke dia jaga anak aku..pelik aku..mungkin diaorang ni dah tak de kerja nak buat so suka bercerita pasal orang lain..siap tahu lak tu info yang tak sepatutnya..he..he..he..sibuk dorang nak tahu kenapa aku dah tak hantar Raihana pada pengasuh sebelum ni..Seingat aku..kitaorang tak pernah pun bercerita pada sesiapa pasal isu ni..rasanya benda yang remeh macam ni tak penting untuk diperkatakan..cuma aku tak suka bila orang duk bercerita pasal kita, nanti macam-macam cerita yang tak betul keluar..Tapi aku tak kisah sangat la yang penting aku tak kacau orang & anak terjaga..lagipun selama ni pun aku bukan ambil kisah sangat hal orang..yang penting aku bertegur sapa ngan dorang..bila ada aktiviti aku join..kalau ada kesempatan malam jumaat pergi baca yasin kat surau, aku pergi..
Aku ni mana la sempat nak bertandang-tandang sangat rumah orang..lepas subuh dah pergi kerja then balik kerja dah petang..ambil anak..masak lagi..lebih baik aku jaga hal rumahtangga sendiri daripada rumahtangga orang lain..bahagia hidup.. :)
Raihana demam tu..dia asyik tak sihat jer aku rasa..pagi tadi sebelum pergi kerja rasa kepala dia panas..aku memang keluar kerja awal..so, abah dia yang hantar dia pergi rumah "ibu" dia..sayang betul abah dia pada Raihana..malam tidur pun peluk anak..mama ni dia tak peluk pun..he..he..he..jealous pulak..tak tahu nak masak apa hari ni..husband puasa tu..rajin dia puasa..hari ni dah hari keempat dia puasa..hem...Asyik lupa jer nak bawak pic nak load dalam blog ni..nantila esok-esok ker..harap2 tak lupala hendaknya..
Suara Raihana dah makin kuat dah nampaknya..bukan main lagi dia berborak dengan abah dia semalam..apa yang dia cerita aku pun tak tahu..

No comments: