Monday, October 13, 2008

Salam...Hari ni aku keluar lewat sikit dari rumah so, terpaksa la parking kat Nursing school..kena tahan ngan guard lak tu sebab kete takde sticker PPUM..spoil mood pagi-pagi ni..tapi bukan salah aku tau, last week memang aku nak amik sticker dah tapi bahagian keselamatan yang cakap sticker habis and minta aku datang balik this week..hem..

Btw..semalam aku pegi open house rumah OC balai kuarters yang kitaorang duduk tu..ops! lupa nak bagitau OC tu maknanya Officer Incharge..ala ala ketua balai la..sedap soto Kak Ayu (Isteri OC En Azman)..Insyaallah dalam bulan 12 ni aku nak hantar Raihana minta Kak Ayu jaga..sebab memang dah janji ngan dia nak hantar Raihana kat situ..actually since Raihana dalam perut lagi..tapi macam mana ntah boleh terhantar pada orang lain pulak..tu agaknya Raihana asyik meragam jer..sekarang ni Raihana kat rumah seorang lagi akak tu sementara nak tunggu bulan 12 ni sebab Kak Ayu ada jaga sorang baby lagi sampai bulan 12..

Lepas makan-makan kat rumah Kak Ayu, kitaorang pegi open house rumah abang has aku pulak..ingat buat sikit2 jer..banyak jugak makanan and tetamu dia yang datang..tapi syok jugak sebab jumpa adik beradik yang lain. Raihana yang bertuah dapat duit raya banyak..he..he..he..mama dia ni pun tumpang seronok jugak la..then dia dapat baju baru..pakteh dia yang bagi..tapi tak sempat nak jumpa pak teh & mak teh dia sebab kitaorang sampai lambat..dorang dah balik dah..maybe sebab Naziha nak exam PMR arini so, dorang balik awal sikit kot..Raihana semalam kat rumah abg has meragam jer pulak..mengantuk agaknya sebab dia tidur sekejap-sekejap jer..tapi susu banyak jugak dia minum..mujur abah dia rajin melayan..masuk buai pun abah dia yang tolong endoikan..maklumlah mama dia ni sibuk bergossip adik beradik..he..he..he..alhamdullilah dapat suami yang memahami macam tu..semoga dia terus sayangkan kitaorang sampai bila-bila..

Awal bulan 11 ni anak buah aku kawin lak..tak silap aku 9hb, ari ahad..so tak payah la amik cuti..jumaat petang tu dah boleh bertolak dari KL..lagipun bukan jauh pun..PD jer..bolehla jalan2 sekali..he..he..he..Ingat nak tempah hotel sebab mesti ramai kat rumah kak long aku tu nanti..tak selesa pulak sebab ada baby..tapi yang pasti aku tak payah la wat keje sangat kan maklumlah aku kan ada anak kecil..he..he..he..alasan munasabah tu tau..

Raihana sekarang dah pandai merajuk and membebel sorang2..especially kalau dia mengantuk..kalau letak depan tv dia membebel sorang-sorang..agaknya bercakap ngan tv tu kot..tak lama tu kalau dah tak dengar suara dia tu makna nya dia dah tidur la tu..lagi satu kalau abah dia cium pipi dia kiri kanan mesti dia marah..then membebel jer..muncung-muncung bibir..apa yang dia marah sangat tak tahula..kalau mama dia takpe pulak..tersengih-sengih suka..agaknya sebab abah dia selalu mengusik dia kot..macam semalam..masa balik dari rumah abg has tu..Raihana ni mengantuk agaknya lepas minum susu..dia diam jer..bila dah sampai kat parking abah dia cakap la kat dia.."Amboi..rileks nampak.." agaknya suara abah dia kuat kot dia terkejut and bibir terus sebek macam ni :( .. terus dia nangis, kuat lak tu..kelakar jer..tapi aku perasan la Raihana ni kalau dengan orang yang suara kuat-kuat dia mesti tak nak..maybe sebab mama dia ni lemah lembut dan bersopan santun kot..ahaks..ni baru 3 bulan lebih dah memilih orang..nanti bila dia dah kenal orang aku tak tahula..Masa balik raya kat kedah haritu pun dengan semua orang dia tak nak except ngan pak njang dia jer sebab pak njang dia cakap slow and steady..yang lain-lain..hem..gegak gempita rasanya rumah..nak pulak seseorang tu..siapa tak boleh sebut la..bahaya..he..he..he..tapi suara jer kuat kot..hati baik takpela kan.. :)

No comments: