Thursday, November 13, 2008

Suami vs Anak

salam..13.11.2008..0729am..

Sebagai seorang perempuan yang dah pun ada anak aku memang setuju kalau ada segelintir orang yang berpendapat kadang kala bila dah ada anak, perhatian kepada suami tu sedikit terkurang...terutamanyer bagi wanita yang bekerja..macam aku..cuma masalah ni perlu ada tolak ansur dari pihak suami la kan..kalau suami bertolak ansur insyaallah semuanya berjalan lancar..soal nak berebut dengan anak tu tak kan timbul..and suami jugak kena faham yang isteri juga perlukan masa untuk diri sendiri..untuk rileks seketika & tenangkan fikiran..
Cubala fikir..pagi around 0500am dah kena bangun and siapkan barang2 anak untuk hantar ke rumah pengasuh..lepas tu kena make sure baju kerja suami & kita punya dah ready..breakfast biasanya masing2 mesti breakfast di office kan..tapi ada jugak suami yang nak isteri siapkan breakfast..so, kena siapkan breakfast walaupun sekadar roti & air milo..lepas tu mandi..sembahyang..kejutkan suami..siapkan anak..hantar anak ke rumah pengasuh..kalau tempat kerja jauh dari rumah at least pun 0630am dah kena keluar rumah..tengah jalan..jammed lagi..sampai office dengan kerja di office..then petang balik kerja..stress lagi dengan jammed..sampai rumah nak kena ambil anak pulak..then nak masak..sambil masak kalau anak meragam nak kena tengok jugak..itu ini itu ini dah maghrib..nak mandi and solat..lepas tu nak hidangkan makan malam untuk suami..nak kemas rumah sikit..kain tak basuh lagi..sebenarnya kalau diikutkan lepas semua tenaga dan minda dah digunakan..around 2100pm tu energy dah hampir nak habis dah..workload di office + stress di jalanraya + kerja rumah...tapi itula tanggungjawab yang mesti kita orang perempuan ni pikul walau macam mana susah pun..
Macam aku kadang2 aku rasa berdosa jugak bila tak sempat nak layan suami macam dulu..kadang2 tengah rileks2 tengok tv sambil berbual2 dengan dia, anak menangis pulak..kena tido kan anak..and kerja sentiasa ada di rumah sampai nak duduk sekejap dengan dia pun macam tak sempat..mungkin orang lain pandai nak manage masa..tapi dah memang kelemahan aku kot selagi ada sesuatu yang tak beres aku jadi sedikit stress and nak semua tu siap cepat2 so that aku boleh rest lepas tu..agaknya sebab dah terbiasa sejak kat Uni lagi kot..selagi ada kerja yang tak siap aku tak kan tido..bila dah siap semuanya..barula aku nak tido sehari suntuk pun tak per..sebab bagi aku kalau ada benda yang tak selesai, rileks la kat hotel 5 bintang sekalipun tak kan tenang fikiran aku..Tapi aku bersyukur sangat sebab aku dapat seorang suami yang sangat bertoleransi & memahami..walaupun kadang2 dia merungut jugak jumpa aku sekejap jer sehari and tak sempat nak spend masa dengan aku sebab walaupun kat rumah aku sibuk dengan anak jer..tu baru sorang..tapi dia sentiasa bantu aku..kadang2 bila off day atau kerja malam, bila aku balik kerja dia dah siap masak..tolong basuhkan baju and kemas rumah..pagi2 kalau dia kerja pagi or dia kerja malam dia akan hantar anak ke rumah pengasuh..kira kalau dalam 3 hari, 1 hari jer turn aku hantar anak..lagi 2 hari dia yang hantar..itu pun aku still rasa letih lagi..Aku jadi kesian kat husband bila fikir balik semua ni..and aku berazam sangat nak jadi isteri yang terbaik and cuba sedaya upaya untuk spend as much time as dengan my hubby..selain anak, dia pun perlukan perhatian jugak kan..
Cuma nasihat aku pada para suami tu bila dah benarkan isteri bekerja & sama2 keluar mencari nafkah untuk keluarga..tolong la faham keadaan isteri anda..dia korbankan masa dan tenaga untuk membantu anda, so please la bantu dia juga..sama2 buat kerja rumah & jaga anak..lagipun semua tu kan sebenarnya boleh mengeratkan hubungan suami isteri..sama2 rasa penat & sama2 rileks..untuk para isteri pulak bila suami dah ringankan tulang tolong kita janganla ambil kesempatan pulak..cubala jadi isteri yang terbaik untuk suami kita..cubala senangkan hati dia walaupun kita penat and jangan terlalu emosi (walaupun kadang2 aku pun teremosi jugak..). Apa pun masalah, masih boleh dibawak berbincang..kalau kita penat atau memang tak larat sangat inform la dia secara baik..insyaallah kalau dia betul2 sayangkan kita dia akan faham..silap2 tolong urutkan belakang kita lagik.. :)
Bagi aku rumahtangga yang bahagia bila ada nya tolak ansur dan rasa ambil berat antara suami dan isteri..bila anak tengok ayah tolong ibu buat kerja..insyaallah dia pun akan jadi ringan tulang untuk menolong sama-sama..macam tu jugak bila solat, elok bawak anak sekali walaupun dia masih baby lagi tapi bila dia tengok parents dia sembahyang sama2 dia akan cepat belajar and tau pulak tanggungjawab bila dia besar nanti..letak aje dia atas tilam dia di sebelah kita , dia akan diam and tengok apa yang parents dia tengah buat..dengar bacaan ayah dia imamkan solat akan buat dia tenang and tak kan kacau kita tengah solat (ni pengalaman dengan Raihana..)..Insyaallah..
So, sama-sama la kita berdoa pada Allah agar rumahtangga kita sentiasa aman dan bahagia hingga ke akhir hayat kita..semoga jodoh kita dengan suami akan kekal ke akhirnya and tiada gangguan luar yang akan mengoncang kebahagian rumahtangga kita..Aminn..

1 comment:

alia aiman said...

download la gambor.. nk tgk gmbr si cumil itu lg... btw aku suka jer baca blog ko... mcm isteri mithali pn ada..